Tuesday, 11 December 2012

CINTA santapan JIWA


apa ada dengan cintaada apa dengan cinta

pasti dalam maksud bicara
bicara kompleks penuh tanda
tanda luhur coretan rasa
telus hati merungkai segala
antara cinta kasih dan sayang
saling bergandingan bersama
ibarat ibu, bapa dan anak
cinta perlukan kasih
kasih perlukan sayang
sayang perlukan keduanya
tanpa salah satunya
tiada lagi makna cinta
pincang istilah cinta

 ada apa dengan cinta
subjek sukar buat ditelah
oleh madah pujangga indah
ibarat malam perlukan rembulan
ibarat siang perlukan mentari
ibarat adam perlukan hawa
ibarat shah jahan perlukan mumtaz
ibarat muhammad perlukan khadijah
besar sekali makna cinta
kurniaan agung dari yang esa
buat makhluk bernama manusia

ada apa dengan cinta
cinta pada sang kekasih
sanggup berkorban apa sahaja
cinta pada ibu bapa
pasti kekal sepanjang masa
cinta pada kedamaian
hidup kan tenang sentiasa
cinta pada rasul
penyuluh jalan kehidupan
cinta pada Allah
hamba penuh takwa
itulah sandaran sebenarnya
cinta agung cinta didamba
cinta agung milik yang esa
cinta agung hakikat bahagia
cinta agung akhir segala

Kerapuhan manusia

Dalam mengharungi arus kehidupan ini, pastinya ada ranjau dan rintangan yang perlu di lalui. Segala onak, liku dan dugaan harus di tempuhi satu persatu sebelum sampai di penghujung cinta yang di impikan. Dalam aspek kehidupan,semua itu tidak mampu di pisahkan dari realiti. Ianya seakan rencah yang mengenakkan lagi rasa dalam melayari kehidupan ini sebelum segalanya berakhir. Jika hidup tiada dugaan, ibarat bagai makanan yang tiada rasa. Hambar,tawar,tiada warna. Begitu juga dengan hidup. Pasti akan kaku, malah membosankan tanpa sebarang nikmat. Ibarat kata,seperti bayang-bayang dan diri sendiri. Kehadiran cahaya di perlukan bagi menghasilkan bayang-bayang,bukan?Tanpa cahaya, bagaimana bayang-bayang mampu menjelma di sebalik diri sendiri?


Begitu juga halnya dengan kejayaan yang ingin di raih. Ianya bakal muncul di sebalik usaha kita mengharungi segala cabaran yang tidak putus-putus mahu menduga kita. Diri dan dugaan saling melengkapi bagi melahirkan kejayaan yang di idam-idamkan.

Justeru, apabila diri di sergah oleh masalah, di lilit oleh pelbagai kekusutan sehingga mampu merunsingkan diri, bawa bertenang kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Cuma ia perlu di cari, bukan menghambur kemarahan atau mengeluh tanpa henti. Jika begitu cara yang di lakukan, nampaknya kita hanya menambah masalah bukan meleraikannya.


Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari masalah malah masalah dikatakan adalah sahabat manusia. Masalah juga adalah salah satu sebab kerapuhan manusia bukan?tetapi ingat lah "Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya."


Setiap dari kita pasti punya masalah. Selagi masih bernyawa masalah akan sentiasa singgah dalam hidup kita.Tiada beza di situ. Namun apa yang membezakan di antara kita adalah bagaimana cara kita menghadapi masalah tersebut serta langkah yang bagaimana perlu kita ambil untuk menyelesaikannya.Ada sesiapa yang tidak punya masalah selama dia hidup setakat hari ini?Itu pastinya mustahil.

Monday, 10 December 2012

Perubahan?



Dalam hidup ini untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagiaan, kita perlu melakukan perubahan. Kita mesti berusaha keras, menambahkan ilmu dari semasa ke semasa dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Kita perlu keluar dari "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon itulah terletaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan. Zon selesa ialah keadaan kita sekarang manakala zon mencabar ialah keadaan yang diinginkan pada masa akan datang.

Perlu ke perubahan dalam kehidupan??persoalan yang sentiasa berada di minda kita.

YA !!! Sangat perlu. Sampai bila kita nak berada di takuk yang sama. Sentiasa inginkan zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama saban hari. Kesannya?? Kita akan terus gagal, lemah, hina atau jahil kerana tak nak berubah. Ada pepatah mengatakan :

"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya untuk berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup mesti ada perubahan. Kata orang bijak pandai, yang tidak berubah ini hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya dalam hidupnya. Manakala mereka yang berubah kerana terpaksa akan gagal dalam hidupnya.

Jika kita ingin berubah, lakukanlah perubahan tu. Bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong dan mencipta alasan. Dari dulu sampai sekarang aku masih berpegang dengan kata-kata "NAK BERJAYA JANGAN BANYAK ALASAN". Percayalah, kita boleh bagi SERIBU alasan untuk gagal, tapi kita hanya perlu SATU sebab untuk berjaya.

Alhamdulillah, berkat doa yang tak putus-putus, Allah telah bukakan pintu hati ni untuk melakukan perubahan. Terima kasih Ya ALLAH. Apa yang penting, mesti tetapkan matlamat hidup. Sentiasa positifkan diri dalam apa jua perkara. Jangan sesekali pandang belakang, pedulikan apa orang nak kata. Mesti tekad, bersemangat dan sanggup berusaha untuk mencapai matlamat. 


Jangan takut. Kalau kita jatuh, bangunlah semula. Jatuh lagi? Bangun lagi. Jatuh lagi?? Bangun balik. Jangan sesekali berhenti. Teruskan. Akan tiba suatu masa, kita akan rasa betapa bahagianya hidup ini. Kalau kita punya NAWAITU yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. :)

Yang dicari

Semua manusia sedang mencari sesuatu. Sesuatu yang akan melengkapkan kesemuanya. Kita akan menjumpainya di tempat yang asing lagi aneh. Di tempat yang kita tak tahu pun ia di situ. Sesetengah manusia mencarinya pada wajah anak-anak mereka. Sesetengah manusia mencarinya dalam mata kekasihnya. Namun, mereka ini boleh menafikan kegembiraan yang ia bawa. Apabila kita menjumpainya, kita umpama mampu terbang membelah angkasa tanpa bantuan sayap pun. Sesetengah manusia mendapati ia berkongsi setiap pagi. Sesetengah manusia tak kisah dan tetap dalam hidup menyendiri. Kita akan menjumpainya dalam kata-kata insan lain. Sebaris perkataan yang pendek dan mudah, tetapi boleh membuat kita ketawa atau menangis.

Kita akan menjumpainya dalam persahabatan yang sebenar. Sesuatu yang kita hargai seluruh hidup kita. Dan apabila kita tahu betapa bernilainya ia, dan kita menjumpai sesuatu yang berharga itu, kita mampu terbang tanpa sayap. Jadi, mustahil kerana ia boleh kelihatan. Kita perlu usaha untuk setiap cita-cita. Kerana siapa yang tahu, yang mana yang kita lepaskan, itulah yang akan melengkapkan diri kita.


Bagi aku, ia bangun bersama-sama dengan kita. Untuk melihat sinar mentari pada wajah kita. Untuk mengetahui bahawa aku boleh katakan, “aku sayang kau”, pada bila-bila masa atau tempat yang diminta. Sedikit sahaja yang aku tahu. Perkara-perkara yang membuatkan diri aku milik kau. Dan ia seperti terbang tanpa sayap. Kerana kau ialah sesuatu yang berharga bagiku, kau lah tempat bermulanya hidupku, dan kaulah tempat hidupku berakhir, dan setiap kegembiraan yang kau bawa.

Rencah Hidup


Bukankah hidup ini sentiasa dibayangkan pada satu bentuk keindahan? pada harta benda, pada rumah, pada kereta, pada pasangan hidup, pada anak-anak, pada perjalanan hidup aku dan seterusnya? sedari aku membina impian itu. Membina bayangan itu, mengimpikan perjalanan hidup aku. Namun hakikatnya, pada realitinya, hidup aku tidak akan pernah sesempurna itu. Pasti wujudnya ketidaksempurnaan, pasti wujudnya kegagalan, pasti wujudnya kekecewaan, di situ aku mampu memilih.

Sama ada mahu terus berada dalam kekecewaan, dan lari dari realiti, meninggalkan kesemuanya di belakang. Mahupun menangis seorang diri, dan asyik bertanya pada diri sendiri: Kenapa Allah? Kenapa Allah? Kenapa kau jadikan hidup aku begini?
Ataupun aku berhadapan dengan realiti itu, dengan cabaran hidup aku, berhadapan dengan ketidak sempurnaan hidup aku itu, melangkah ke hadapan, walaupun kekecewaan meliputi hati aku di tika ini. Dan di situ aku akan temui harapan itu. Aku temui jawapan di situ.
Hidup, yang telah diberikan kepada aku, untuk aku hadapi cabaran, untuk aku terus berjuang. Untuk sentiasa bermujahadah. Untuk sentiasa mengatasi cabaran. Untuk mengorak langkah walaupun jalan di hadapan bukanlah seperti mana yang aku impikan dan gambarkan.
Kerana di situ Allah mahu aku bergantung pada Dia. Bukannya hidup dalam dunia mimpi. Dan jauh dari sebuah realiti. Sebab realiti memang selalu sukar. Namun selepas kesukaran itu, pasti aku akan temui kemanisannya. Dan di situ, aku akan rasai, nikmatnya merasai kehidupan bertuhan.

" Boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka itu sebenarnya buruk untuk kamu. Dan Allah itu Maha Tahu sebaliknya kamu sebenarnya tidak mengetahui "( firman Allah)
Supaya aku sentiasa mengeluarkan, jisim-jisim terbaik pada kemampuan aku sebagai manusia. Kerana itu ketidak sempurnaan pasti wujud pada realiti hidup aku. Maka berjalanlah di atas muka bumi Allah ini.
Faiza Azamta fatawakkal Ala Allah.
" Aku di sisi sangkaan hamba-hambaKu terhadapKu, maka bersangka baiklah terhadap Aku "(Hadis Qudsi)

Rahsianya

Setelah sekian lama aku bersamanya, rahsia demi rahsia aku telah mengetahui. Tapi bukan senang untuk mendapatkan rahsianya!. Katanya tak elok berahsia-rahsia dengan orang tentang ilmu, tetapi dia sendiri yang merahsiakan siapa dirinya sebenar. Hanya tahu menyebut "hal aku jangan masuk campur, cukup sekadar belajar apa ilmu yang aku sampaikan ini". Senyumannya penuh rahsia dan tanda tanya, tidak ada sesiapa yang mampu membaca apa yang ada dalam fikiranya. Hari demi hari aku bertanya tetapi masih tidak menjawab soalan aku, mungkin aku yang salah tanya soalan atau sebaliknya. Kekentalan dan kekerasan hatinya membuat aku semakin geram untuk mengetahui siapa dirinya sebenar. Suatu hari akan terjawab!

Semangat membara

Sebenarnya idea ini sudah lama saya dapat, tetapi lakaran demi lakaran semakin jelas di depan mata saya. Tokoh ini amat saya kagum kerana dialah menyebabkan saya kemenara gading, pangalaman demi pengalaman, nasihat demi nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan telah menaikan semangat saya untuk berkerja keras! sehingga berjaya. Sesuai dengan dirinya yang seorang pencetus semangat yang membara kepanasan dengan roti yang dibakar memerlukan apa yang panas supaya cepat masak untuk dinikmati.

Gelagat si tua

Apabila tengok si tua pembuat roti dengan misai yang panjang dan tebal. Aku terus mendapat ilham bahawa pembuat roti itu bukan calang-calang orang yang mampu membuatnya, roti memang sedap dimakan, tetapi harus ingat bahawa roti bukan sekadar senang dimakan tapi cara pembuatannya sungguah payah dan perlu ada kesabaran yang kuat dan kehalusan tangan untuk menghasilkan nya.

Si Tua

Ini mengisahkan seseorang lelaki tua yang mempuanyai kekuatan dalam dirinya. Tidak ubah seumpama seorang paglima, kekuatan nya sungguh luar biasa. tidak ada erti keletihan dalam dirinya sehingga orang  yang melihat pun tidak percaya dengan umurnya yang sudah lanjut usia.