Bukankah hidup ini sentiasa dibayangkan pada satu bentuk keindahan? pada harta benda, pada rumah, pada kereta, pada pasangan hidup, pada anak-anak, pada perjalanan hidup aku dan seterusnya? sedari aku membina impian itu. Membina bayangan itu, mengimpikan perjalanan hidup aku. Namun hakikatnya, pada realitinya, hidup aku tidak akan pernah sesempurna itu. Pasti wujudnya ketidaksempurnaan, pasti wujudnya kegagalan, pasti wujudnya kekecewaan, di situ aku mampu memilih.
Ataupun aku berhadapan dengan realiti itu, dengan cabaran hidup aku, berhadapan dengan ketidak sempurnaan hidup aku itu, melangkah ke hadapan, walaupun kekecewaan meliputi hati aku di tika ini. Dan di situ aku akan temui harapan itu. Aku temui jawapan di situ.
Hidup, yang telah diberikan kepada aku, untuk aku hadapi cabaran, untuk aku terus berjuang. Untuk sentiasa bermujahadah. Untuk sentiasa mengatasi cabaran. Untuk mengorak langkah walaupun jalan di hadapan bukanlah seperti mana yang aku impikan dan gambarkan.
Kerana di situ Allah mahu aku bergantung pada Dia. Bukannya hidup dalam dunia mimpi. Dan jauh dari sebuah realiti. Sebab realiti memang selalu sukar. Namun selepas kesukaran itu, pasti aku akan temui kemanisannya. Dan di situ, aku akan rasai, nikmatnya merasai kehidupan bertuhan.
" Boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka itu sebenarnya buruk untuk kamu. Dan Allah itu Maha Tahu sebaliknya kamu sebenarnya tidak mengetahui "( firman Allah)
Supaya aku sentiasa mengeluarkan, jisim-jisim terbaik pada kemampuan aku sebagai manusia. Kerana itu ketidak sempurnaan pasti wujud pada realiti hidup aku. Maka berjalanlah di atas muka bumi Allah ini.
Faiza Azamta fatawakkal Ala Allah.
" Aku di sisi sangkaan hamba-hambaKu terhadapKu, maka bersangka baiklah terhadap Aku "(Hadis Qudsi)

No comments:
Post a Comment