Monday, 10 December 2012

Perubahan?



Dalam hidup ini untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagiaan, kita perlu melakukan perubahan. Kita mesti berusaha keras, menambahkan ilmu dari semasa ke semasa dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Kita perlu keluar dari "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon itulah terletaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan. Zon selesa ialah keadaan kita sekarang manakala zon mencabar ialah keadaan yang diinginkan pada masa akan datang.

Perlu ke perubahan dalam kehidupan??persoalan yang sentiasa berada di minda kita.

YA !!! Sangat perlu. Sampai bila kita nak berada di takuk yang sama. Sentiasa inginkan zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama saban hari. Kesannya?? Kita akan terus gagal, lemah, hina atau jahil kerana tak nak berubah. Ada pepatah mengatakan :

"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya untuk berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup mesti ada perubahan. Kata orang bijak pandai, yang tidak berubah ini hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya dalam hidupnya. Manakala mereka yang berubah kerana terpaksa akan gagal dalam hidupnya.

Jika kita ingin berubah, lakukanlah perubahan tu. Bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong dan mencipta alasan. Dari dulu sampai sekarang aku masih berpegang dengan kata-kata "NAK BERJAYA JANGAN BANYAK ALASAN". Percayalah, kita boleh bagi SERIBU alasan untuk gagal, tapi kita hanya perlu SATU sebab untuk berjaya.

Alhamdulillah, berkat doa yang tak putus-putus, Allah telah bukakan pintu hati ni untuk melakukan perubahan. Terima kasih Ya ALLAH. Apa yang penting, mesti tetapkan matlamat hidup. Sentiasa positifkan diri dalam apa jua perkara. Jangan sesekali pandang belakang, pedulikan apa orang nak kata. Mesti tekad, bersemangat dan sanggup berusaha untuk mencapai matlamat. 


Jangan takut. Kalau kita jatuh, bangunlah semula. Jatuh lagi? Bangun lagi. Jatuh lagi?? Bangun balik. Jangan sesekali berhenti. Teruskan. Akan tiba suatu masa, kita akan rasa betapa bahagianya hidup ini. Kalau kita punya NAWAITU yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. :)

No comments:

Post a Comment